Kongres pertama Kongres_Bahasa_dan_Persuratan_Melayu

Kongres pertama KBPM telah berlangsung pada 12-13 April 1952 di Hotel Sea View, Singapura. Ia dihadiri oleh para cendekiawan Melayu dari 21 badan bahasa dan persuratan Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, (Malaya) ketika itu. Hasil pertemuan adalah kewujudan piagam yang telah ditandatangani oleh ketua-ketua perwakilan badan bahasa pada 13 April 1957. Butiran piagam adalah:

  • Kongres bahasa hendaklah diadakan seterusnya dengan tujuan menyelaraskan usaha badan persuratan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara; dan kerabat kongres hendaklah mengambil keputusan muktamd yang sama atas sebarang hal tentang kemajuan bahasa dan persuratan Melayu dan akan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli cendekiawan bahasa Melayu.
  • Kongres seterusnya hendaklah diadakan pada bila-bila masa jika perlu oleh sebuah pertubuhan atau beberapa pertubuhan persuratan menjadi bergabung menjadi satu; dan pertubuhan persuratan yang mengusulkan kongres itu dengan sendirinya menjadi Panitia Kongres yang akan menyediakan tempat dan persiapan kongres serta memanggil pertubuhan-pertubuan lain ke kongres tersebut.
  • Pertubuhan-pertubuhan persuratan Melayu yang menjadi kerabat kongres hendaklah mentaati keputusan muktamad yang diambil oleh kongres; pertubuhan-pertubuhan kerabat kongres hendaklah berusaha melaksanakan keputusan-keputusan yang telah diambil (dipersetujui) oleh kongres untuk memajukan bahasa dan persuratan Melayu; sebarang keputusan kongres hendaklah dianggap sah oleh kerabat kongres; segala keputusan kongres akan diambil mengikut undi terbanyak; dan tiap-tiap pertubuhan hanya mempunyai satu undi sahaja.
  • Dalam kongres pertama ini, hanya satu keputusan penting telah dicapai iaitu: ‘’kedua-dua tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunapakai dalam persuratan Melayu dan pada masa ini sehingga didapati suatu keputusan lain pada kongres yang kedua kelak’’.

Rujukan

WikiPedia: Kongres_Bahasa_dan_Persuratan_Melayu http://arkibattakiri.blogspot.com/2009/02/kesan-sa... http://kembarabahasa.blogspot.com/2011_10_01_archi... http://wwwdakabeblogpotcom.blogspot.com/2011/06/ko... http://melayuonline.com/ind/culture/dig/1817/kongg... http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kongres... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt... http://klikweb.dbp.my/?p=1416 http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1nov6.pdf http://plm.org.my/wrdp1/?page_id=197 http://pdffinder.net/Kongres-Bahasa-dan-Persuratan...